Jalur gemilang tanpa bulan sabit sentuh sensitiviti, cabar nilai simbolik rakyat

Jalur gemilang tanpa bulan sabit sentuh sensitiviti, cabar nilai simbolik rakyat

DR. MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Isu penyiaran imej Jalur Gemilang tanpa lambang bulan sabit di muka hadapan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini disifatkan satu perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menegaskan, malah perkara itu mencabar nilai simbolik dan semangat patriotik yang telah sekian lama terpahat dalam jiwa rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama.

Dalam hal ini, beliau menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menegaskan bahawa bendera adalah lambang kedaulatan dan identiti sesebuah negara, justeru tidak boleh sama sekali dipersendakan atau diperlakukan secara cuai.

“Seruan Seri Paduka Baginda supaya setiap pihak, khususnya media, lebih peka dan bertanggungjawab dalam memastikan ketepatan bahan siaran wajar dijadikan pedoman.

“Jalur Gemilang bukan sekadar kain bercorak, tetapi lambang perjuangan, kemerdekaan dan maruah negara yang mesti dipertahankan bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau menyeru agar semua pihak, termasuk institusi pendidikan, badan media dan organisasi masyarakat madani, memperkukuh usaha mendidik rakyat mengenai makna dan nilai simbol negara.

Katanya, ia selari dengan prinsip Malaysia Madani yang mengangkat hikmah, hormat dan tanggungjawab bersama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya