Ilustrasi Jalur Gemilang: Polis tunggu arahan lanjut AGC 

Ilustrasi Jalur Gemilang: Polis tunggu arahan lanjut AGC 

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum menerima arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) berhubung kertas siasatan terhadap sebuah akhbar Cina berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan sudah dihantar ke AGC pada 18 April lalu selepas ia dilengkapkan.

“Setakat ini kita belum menerima apa-apa arahan selanjutnya dari AGC,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis sudah merujuk kertas siasatan membabitkan akhbar itu berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar berkenaan ke pejabat AGC.

Kertas siasatan itu telah dilengkapkan dan merujuk kertas siasatan kepada AGC untuk penelitian lanjut.

Seramai 54 individu dirakam keterangan berhubung kes itu.

Susulan itu, dua pengarang akhbar itu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung isu penyiaran membabitkan ilustrasi Jalur Gemilang itu.

Sebelum ini, akhbar berbahasa Cina itu menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang di muka hadapannya sempena liputan lawatan negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia namun gambar bendera terbabit tidak lengkap.

Insiden itu mendapat kritikan pelbagai agar pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.

Berikutan itu, akhbar berkenaan tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa ia adalah kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN