Ikan lumba-lumba terdampar di pantai Teluk Bahang

Ikan lumba-lumba terdampar di pantai Teluk Bahang

SEEKOR ikan lumba-lumba spesies 'Irrawaddy dolphin' dijumpai mati terdampar di Pantai Teluk Bahang di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Seekor ikan lumba-lumba spesies ‘Irrawaddy dolphin’ dijumpai mati terdampar di Pantai Teluk Bahang di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Zarina Zainuddin berkata, pihaknya dimaklumkan penemuan bangkai haiwan itu oleh orang awam sebelum mengarahkan Pasukan Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan negeri bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, hasil pemerhatian mendapati, bangkai mamalia marin itu berukuran kira-kira 1.98 meter dan merupakan spesies biasa yang ditemui di perairan Pulau Pinang.

“Data lengkap kejadian telah direkodkan dan bangkai haiwan itu kini ditanam berhampiran kawasan berkenaan untuk tujuan pelupusan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zarina berkata, kejadian itu bukan kali pertama berlaku dan sepanjang 2024 sahaja, jabatan itu merekodkan empat kes ikan lumba-lumba terdampar melibatkan spesies ‘finless porpoise’ dan ‘Indo-Pacific bottlenose dolphin’.

“Antara punca utama kematian haiwan marin itu ialah aktiviti perikanan seperti tersangkut pada pukat, pelanggaran dengan bot, serta terkena bilah kipas bot. Faktor alam seperti air pasang besar dan ribut turut menyumbang kepada kejadian kedamparan,” katanya.

Tambahnya, Jabatan Perikanan negeri mengalu-alukan kerjasama orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kematian mamalia marin yang dikesan di perairan Pulau Pinang bagi tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN