KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak rayuan bekas penolong jurulatih boling berhubung sabitan atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap atlet Sukan Malaysia (Sukma), tujuh tahun lalu. Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan mengekalkan hukuman penjara enam tahun selepas menolak rayuan, Mat Salleh Jalani, 62. Hukuman terhadap tertuduh berkuat kuasa semalam. Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 16 Mei tahun lalu menjatuhkan hukuman berkenaan namun tertuduh membuat rayuan.…










