Hujan lebat, ribut petir petang ini 

Hujan lebat, ribut petir petang ini 

MetMalaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan Semenanjung dan Sarawak yang dijangka berterusan sehingga jam 3 petang ini.

Kawasan terjejas termasuk Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Yan), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan, Pekan, Rompin), dan Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Sepang).

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Tampin), Melaka serta beberapa daerah di Johor iaitu Tangkak, Muar, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru turut dijangka mengalami cuaca buruk.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan hujan melebihi 20 milimeter sejam dijangka berlaku dalam masa terdekat.

Amaran ribut petir adalah bersifat jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam dari waktu dikeluarkan.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca dan mengutamakan keselamatan, terutama ketika berada di luar rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya