Haram jual vape kuasa negeri, PBT

Haram jual vape kuasa negeri, PBT

DR. DZULKEFLY Ahmad (dua dari kiri) melawat reruai pada Program Madani Afiat Peringkat Negeri Kelantan 2025 di sebuah pasar raya di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengharaman jualan rokok elektronik atau vape di beberapa negeri adalah langkah yang sangat baik dalam penjagaan kesihatan  dengan mendapat kerjasama antara negeri dan persekutuan.

Kesihatan, Datuk Seri Dr.  Dzulkefly Ahmad berkata, kementeriannya meletakkan pendekatan mengawal selia rokok termasuk jenis rokok elektronik mengikut Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Katanya, kawalan selia secara rapi itu termasuk pendaftaran, penjualan kepada bawah umur, pengiklanan dan produk yang dipamerkan.

“Usaha yang dilakukan seperti di Johor dan yang terbaharu Perlis serta Terengganu yang akan mengharamkan jualan rokok elektronik adalah sangat baik dengan mendapat kerjasama kerajaan persekutuan serta negeri.

“Namun,  kuasa tidak mengizinkan penjualan bahan itu adalah di bawah bidang kuasa negeri masing-masing dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tidak memberi lesen kepada pengusaha premis,” katanya pada sidang akhbar sempena Program Madani Afiat Peringkat Negeri Kelantan 2025 di sebuah pasar raya, di sini hari ini.

Dr.  Dzulkefly berkata, tidak dinafikan di Kelantan juga sudah lama tidak membenarkan penjualan bahan terlarang itu.

Media sebelum ini melaporkan negeri Perlis dan Terengganu bakal haramkan penjualan rokok eletronik tersebut.

Di peringkat awal pada 2016, Johor mengharamkan penjualan rokok elektronik. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya