Guru bujang tidak mengaku lakukan amang seksual

Guru bujang tidak mengaku lakukan amang seksual

ANGGOTA polis membawa tertuduh (tengah) semasa menghadiri prosing perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang juga merupakan muridnya di Bachok, dekat sini sejak hujung tahun lalu.

Rozaidi Ab. Ghani, 46, yang masih bujang membuat pengakua itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah. 

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, tertuduh yang mempunyai hubungan amanah didakwa dengan maksud seksual melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun. Perbuatan terkutuk itu didakwa dilakukan antara hujung tahun 2024 hingga 27 Mac lalu di dalam bilik tidur sebuah rumah di Bachok.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 14(a), 14(b), dan 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama kerana tertuduh mempunyai hubungan amanah dengan mangsa.

Ketiga-tiga seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan.

Peguam tertuduh, Azura Ghazali memohon jaminan paling minimum memandangkan anak guamnya sudah berkhidmat selama 17 tahun sebagai guru dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada 2018.

“Tertuduh juga tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib atau terlibat jenayah lampau. Anak guam saya turut menjaga ibunya yang berusia 78 tahun yang uzur dan lumpuh,” ujarnya.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan selain perlu melaporkan diri setiap awal bulan di balai polis berdekatan.

Mahkamah turut menetapkan 15 Mei ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya