Fadillah dilantik Ketua Pesuruhjaya Perdana APM

Fadillah dilantik Ketua Pesuruhjaya Perdana APM

AHMAD Zahid Hamidi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Sambutan Bulan Pertahanan Awam 2025, di Ibu Pejabat Pertahanan Awam. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof  antara 79 penerima watikah pelantikan pegawai kehormat dan bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Perdana APM.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali; Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong serta Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir pula dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehormat APM.

Selain itu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehormat APM.

Penyerahan watikah itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  pada Majlis Penutupan Sambutan Bulan Pertahanan Awam (HUTPA) Ke-73 di sini, hari ini.

Pada majlis sama, Ahmad Zahid turut menganugerahkan Bintang Panglima Utama (BPU) kepada Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN