DUN Kelantan: 67 premis jual vape disita 

DUN Kelantan: 67 premis jual vape disita 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menyita sebanyak 67 premis menjual rokok elektronik atau vape di Kelantan sepanjang tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, semua premis itu disita hasil 40 operasi dijalankan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Pada tahun ini, kita telah melakukan 10 operasi dan menyita sebanyak 16 premis. Kerajaan negeri tidak pernah meluluskan lesen penjualan vape.

“Operasi secara berkala terus dilaksanakan memandangkan masih ada premis yang masih menjual rokok elektronik ini secara haram,” katanya ketika menjawab soalan daripada Nik Bahrum Nik Abdullah (Pas-Chempaka) pada persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Hilmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil berkata, pihaknya turut memohon  agensi kerajaan yang mempunyai bidang kuasa untuk melaksanakan pemantauan terhadap kandungan nikotin dalam vape. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya