Dulu niat nak nikah di Mekah - Mamat Sepah - Utusan Malaysia

Dulu niat nak nikah di Mekah – Mamat Sepah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Dulu pernah ada niat nak nikah di Mekah tapi kerajaan tak benarkan waktu tu jadi tak dapat nikah di sana, jadi dapat bulan madu pun dah cukup.

Demikian perkongsian pelawak, Mamat Sepah apabila diberi peluang mengerjakan umrah buat kali kedua ditemani isteri tercinta, Nordiana Ibrahim.

Kongsi Mamat, mereka pernah menyimpan impian untuk bernikah di Makkah, hasrat itu terpaksa dilupakan kerana kekangan undang-undang pada masa tersebut.

“Dulu saya pergi 10 tahun yang lalu tahun 2015 dan Alhamdulillah kali ini Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki akhirnya tahun ini 2025 dapat pergi bersama isteri tercinta.

“Itu yang special umrah kali ini, dan sama macam pasangan suami isteri lain saya dan isteri insya Allah akan banyak doakan agar hidup kami yang Diberkati, kekal bahagia hingga syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh solehah,” kongsinya.

Mamat yang kali terakhir menunaikan umrah pada 2015, menyifatkan rezeki kali ini sebagai hadiah istimewa daripada Allah setelah 10 tahun menanti.

Tambah pelawak itu lagi, umrah kali ini diuruskan sepenuhnya oleh agensi pelancongan Muslim Nuh Travel & Tours Sdn. Bhd. dan turut disertai sahabatnya, Shuib sekeluarga.

Sementara itu, Mamat turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati memilih agensi umrah supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

“Nak elak kena scam, syarikat umrah banyak, sebaiknya kena tanya saudara-mara atau kawan-kawan dan mesti kena tengok feedback mereka tentang syarikat umrah ni,” katanya.

Mamat bersama isteri serta Shuib sekeluarga telah berangkat menunaikan ibadah umrah pada 3 April yang diuruskan sepenuhnya oleh Nuh Travel & Tours Sdn Bhd.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya