Dua penerbitan buku kena perintah larangan KDN

Dua penerbitan buku kena perintah larangan KDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua penerbitan kontroversi iaitu The Goal of The Wise: The Gospel of The Riser of The Family of Mohammed karya Abdullah Hashem serta Suka Duka Perjalanan Dhul-Qarnain/ Cyrus The Great dan Iskandar Agung telah diwartakan di bawah Perintah Larangan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), berkuat kuasa sejak 10 Mac lalu.

Menurut kenyataan rasmi KDN, pewartaan di bawah subseksyen 7(1), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) itu dilakukan selepas kandungan kedua-dua buku dikenal pasti mengandungi unsur yang boleh memudaratkan ketenteraman awam dan mengganggu-gugat keharmonian masyarakat.

“Tindakan ini adalah langkah proaktif untuk mengekang penyebaran fahaman menyeleweng serta ideologi yang berisiko mencetus ketegangan agama dan perpecahan kaum,” katanya.

Larangan ini meliputi sebarang aktiviti percetakan, pengedaran, penjualan atau pemilikan bahan tersebut di seluruh negara, dan mereka yang melanggarnya boleh dikenakan hukuman berat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN