Dianggap pelapis pelakon hebat, Trisha Ooi enggan bangga diri - Utusan Malaysia

Dianggap pelapis pelakon hebat, Trisha Ooi enggan bangga diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dianggap pelapis kepada aktres hebat seperti Noorkhiriah, Trisha Ooi, tidak mahu menjadikan pujian terhadap prestasi lakonannya sebagai tiket untuk menjadi seorang yang ‘hidung tinggi’.

Sebaliknya, pelakon berusia 25 tahun ini memanfaatkan komen-komen positif sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki hasil kerjanya dari semasa ke semasa.

“Saya bersyukur kalau ada orang yang menganggap saya ini pelapis pelakon-pelakon hebat.

“Tetapi, itu tidak membuatkan saya jadi bangga diri, sebaliknya menyemarakkan keinginan saya untuk belajar dan memperbaiki lakonan saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Trisha atau nama sebenarnya, Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi sebelum ini dihujani pujian dan disamakan dengan pelakon berpengalaman meskipun dianggap masih baru dalam dunia lakonan.

Dalam pada itu, Trisha juga bersyukur kerana hasratnya untuk melakonkan watak yang lebih mencabar tercapai menerusi drama terbarunya yang bakal ditayangkan sempena Hari Raya Aidiladha ini.

“Lama saya menunggu, akhirnya saya berpeluang lakonkan watak seorang wanita lembam yang menderita akibat didera orang tuanya.

“Sebenarnya, saya khuatir nak bawa watak sebegini kerana sensitif. Tapi saya sahut cabaran kerana saya mahukan pembaharuan dalam karier lakonan saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya