Dasar Sifar Pelepasan dilaksana di Teluk Gong

Dasar Sifar Pelepasan dilaksana di Teluk Gong

KEADAAN air yang tercemar di Sungai Teluk Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri melaksanakan Dasar Sifar Pelepasan (ZDP) di kawasan perindustrian Teluk Gong, Klang sebagai strategi jangka panjang dalam mengawal pencemaran sumber air daripada aktiviti industri.

Langkah itu dicapai melalui kerjasama antara Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Persatuan Pekilang-pekilang Teluk Gong serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, ZDP merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Peraturan-peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian serta Kemasukan dan Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2024 yang bertujuan untuk memastikan tiada pelepasan buangan secara langsung ke alam sekitar.

Dengan ini, Teluk Gong menjadi kawasan perindustrian pertama di negeri ini yang melaksanakan dasar ini secara penuh, sekali gus menjadi model kawalan pencemaran industri yang mampan.

“Setakat ini, sebanyak 92 lesen ZDP telah dikeluarkan kepada premis-premis industri di kawasan Teluk Gong.

“Pelaksanaan dasar itu dijalankan menerusi kerjasama beberapa pihak terlibat termasuk ADUN menerusi sesi libat urus pada 5 Disember tahun lalu,” katanya.

Pada 11 April lalu, Utusan Malaysia melaporkan, Sungai Teluk Gong diibaratkan sudah mati ekoran pencemaran yang serius dengan kualiti airnya tidak sesuai bagi sebarang kehidupan.

Hasil ujian kualiti air diambil dari empat anak sungai sepanjang kira-kira 20 kilometer yang mengelilingi Teluk Gong hingga ke Pelabuhan Klang oleh sebuah makmal bebas bertauliah di Selangor mendapati, kandungan amonia airnya amat tinggi.

Jamaliah berkata, selain pelaksanaan ZDP, LUAS melaksanakan Program Pemantauan Sungai (RMP) sejak April 2023 yang turut melibatkan inisiatif pemuliharaan air.

“Hasilnya kualiti air di beberapa kawasan seperti Jalan Ikan Tampang dan Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Jeti Perajurit menunjukkan peningkatan ke tahap kelas ketiga iaitu sederhana tercemar dengan kerjasama agensi berkaitan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya