PETALING JAYA: Pemain boleh sepak terkenal antarabangsa, Cristiano Ronaldo mula melebarkan sayap kerjayanya di dalam industri perfileman Hollywood.
Menurut Cristiano, dia juga telah melancarkan sebuah studio filem baharu, UR.Marv yang merupakan hasil kerjasama dengan pengarah tersohor, Matthew Vaughn.
“Ini adalah bahagian yang mengujakan untuk saya, memandangkan saya sudah mula meneroka dunia perniagaan baharu,” katanya dalam sebuah kenyataan rasmi.
Menerusi kenyataan rasmi tersebut, UR.Marv merupakan studio bebas menggabungkan teknologi inovatif dengan elemen tradisional dalam penceritaan.
Menurut Matthew, dia berasa amat teruja untuk bekerjasama dengan pemain bola sepak itu bagi menghasilkan karya-karya yang memberikan inspirasi kepada penonton.
“Cristiano telah mencipta kisah di atas padang yang saya sendiri tidak mampu tulis. Saya tidak sabar untuk menghasilkan filem-filem inspirasi bersamanya. Dia memang wira sebenar dunia nyata,” ujar Vaughn.
Meskipun Ronaldo dan Matthew mempunyai latar belakang yang berbeza, mereka mempunyai minat yang sama terhadap karya yang hebat.
Difahamkan, mereka juga telah menghasilkan dua filem bersama dan bakal memulakan penggambaran untuk siri karya yang ketiga.-UTUSAN