Christina Liew tewas, Mustapha Sakmud kekal Ketua Cabang

Christina Liew tewas, Mustapha Sakmud kekal Ketua Cabang Kota Belud

CHRISTINA Liew Chin Jin (kiri) dan Mustapha Sakmud
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini tidak berpihak kepada Datuk Christina Liew Chin Jin apabila gagal mempertahankan jawatannya sebagai Ketua PKR Cabang Kota Kinabalu, semalam.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah itu tewas kepada Lee Li Mei yang mendapat 1,381 undi manakala Christina hanya meraih 1,157 undi.

Keputusan itu agak mengejutkan pemerhati politik tempatan memandangkan Christina merupakan antara pemimpin utama PKR dan Pakatan Harapan (PH) di Sabah.

Dalam pada itu, di Cabang Kota Belud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud mempertahankan kedudukannya sebagai ketua cabang dalam pertandingan tiga penjuru.

Ahli Parlimen Sepanggar itu mendapat 1,405 undi berbanding pencabarnya, Madeli@Modily Bangali (100 undi) dan Azhrie Jenaim (67 undi).

Di Cabang Keningau, Datuk Dr. Sangkar Rasam mempertahankan jawatan ketua cabang dengan 1,720 undi berbanding pencabarnya yang juga adiknya, Antakor Rasam yang meraih 295 undi.

Di Pensiangan, Timbalan Ketua Wanita PKR Sabah, Datin Rufinah Pengeran mengalahkan Raymond Ahuar selepas mendapat 2,694 undi.

Sementara itu, antara ketua cabang yang berjaya mempertahankan jawatan ialah Razeef Rakimin (Tuaran), Awang Husaini Sahari (Putatan), Romansa Lamin (Silam), Dikin Musah (Beaufort) dan Wendy Agong Baruh (Sipitang).

Dalam pada itu, ketua cabang yang tewas ialah Sazalye Donol (Kota Marudu) kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Zaidi Jatil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya