Calon PN mengundi di SK Ayer Kuning - Utusan Malaysia

Calon PN mengundi di SK Ayer Kuning

ABD. Muhaimin Malek dan isteri, Rabiah Abdul Aziz selesai mengundi di SK Ayer Kuning di Tapah. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Calon Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning selesai mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Ayer Kuning pada pukul 8.20 pagi tadi.

Abd. Muhaimin Malek , 44, tiba di pusat mengundi itu ditemani isteri, Rabiah Abdul Aziz, 44, bersama-sama beberapa pimpinan PN Negeri.

Turut hadir ayah dan ibu Muhaimin iaitu Malek Mohammad ,71, dan Salmah Ab Latiff, 66.

“Saya berharap supaya pengundi dapat keluar awal mengundi dan berterima kasih kepada SPR kerana menyelia proses ini dengan baik,” kata Abd. Muhaimin.

Pusat mengundi akan ditutup secara berperingkat antara pukul 4 hingga 6 petang dengan SK Toh Tandewa Sakti yang mempunyai satu saluran undi ditutup paling awal.

Penjumlahan undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Merdeka Tapah dan keputusan rasmi dijangka diketahui seawal pukul 9 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya