Bomba selamatkan remaja dihanyutkan arus deras sungai

Bomba selamatkan remaja dihanyutkan arus deras sungai

ANGGOTA bomba menyelamatkan seorang remaja lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika mandi di sungai di Kampung Bukit Kledang di Kota, Rembau petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang remaja lelaki berdepan detik cemas apabila dihanyutkan arus deras sungai sebelum diselamatkan anggota bomba dalam kejadian di Kampung Bukit Kledang, Kota di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Pegawai Bomba Tinggi (PBT), Zaini Saleh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 6.10 petang.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, didapati terdapat seorang mangsa iaitu remaja lelaki berusia 14 tahun hanyut sejauh 300 meter semasa mandi di sungai sebelum tersekat di tengah sungai yang cetek serta berpasir.

“Mangsa mandi di sungai bersama seorang lagi rakan seusianya. Ketika kejadian hujan lebat, rakan mangsa dapat menyelamatkan diri ketika kepala air sampai manakala mangsa yang tidak pandai berenang dihanyutkan arus.

“Tindakan anggota menyelamatkan mangsa menggunakan sistem tali dan seunit pelampung bouy. Mangsa berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada ahli keluarganya dalam tempoh kurang setengah jam,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN