Bomba sasar pertambahan sehingga 500 PBS menjelang 2030

Bomba sasar pertambahan sehingga 500 PBS menjelang 2030

NOR Hisham Mohamad (tengah) ketika bercakap kepada pemberita di Butterworth Arena, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan pertambahan sehingga 500 pasukan bomba sukarela (PBS) di seluruh negara dalam tempoh lima tahun lagi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohamad berkata, sasaran itu dibuat susulan kelulusan oleh Dewan Rakyat berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025, bulan lepas.

Beliau berkata, dengan adanya kelulusan berkenaan, PBS yang sebelum ini berada di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dapat didaftarkan secara terus dengan JBPM, sekaligus membolehkan pasukan terbabit menerima akses kepada sumber dan kepakaran daripada agensi penyelamat itu.

“Apabila PBS berada di bawah JBPM, ia sebenarnya akan membolehkan pasukan itu lebih tersusun dari segi sumber dan kepakaran mereka.

“Lagi satu, jika dulu, ada PBS yang dibubarkan dan kita tidak tahu apa patut kita buat dengan aset dan harta mereka kerana tidak ada kuasa. Oleh itu, dengan adanya pindaan undang-undang seperti ini, ia membolehkan JBPM membuat keputusan (dengan lebih tepat),” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun JBPM Pulau Pinang di Pusat Konvesyen PICCA@ Arena Butterworth di sini, hari ini. Hadir sama Pengarah JBPM negeri, Mohamad Shoki Hamzah.

Pada majlis tersebut, seramai 47 anggota menerima pingat perkhidmatan bomba, 67 menerima APC dan lapan lagi anggota masing-masing menerima sijil perkhidmatan selepas tiga dekad menyumbang khidmat kepada pasukan beruniform itu.

Dalam pada itu, Nor Hisham berkata, penubuhan PBS bukan sahaja dapat meningkatkan semangat sukarelawan dalam kalangan anggota tetapi juga dapat membantu memendekkan ‘response time’ atau waktu bertindak bagi setiap panggilan kecemasan yang diterima.

Katanya, dalam hal ini, Pulau Pinang boleh dianggap sebagai negeri yang terbaik dari segi keaktifan anggota PBS yang banyak membantu JBPM untuk bertindak dalam jangka masa waktu yang ditetapkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya