Bina zon penampan, elak impak kejadian kebakaran paip gas berulang

Bina zon penampan, elak impak kejadian kebakaran paip gas berulang

putra height
KEADAAN kediaman dan kenderaan penduduk yang musnah susulan insiden kebakaran melibatkan saluran paip gas di Kampung Kuala Sungai Baru, Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembinaan zon penampan di kawasan perumahan mampu mengelakkan sebarang bencana yang berlaku seperti kebakaran di Putra Heights baru-baru ini berulang.

Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Ismail berkata pihak bertanggungjawab sepatutnya perlu membina kawasan selamat di sekitar kawasan perumahan seperti penanaman pokok dalam jarak tertentu.

“Zon penampan selalunya dibina bagi mengelakkan sebarang aktiviti yang dilakukan manusia bagi menjaga keselamatan masyarakat.

“Kebiasaannya, kawasan ini ditanam oleh pokok-pokok dalam jarak yang tertentu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Secara lazimnya, zon penampan merujuk kepada kawasan khas bagi mengelakkan risiko bencana berlaku di kawasan perumahan.

Ia dibina antara kawasan industri dan kawasan perumahan bagi mengurangkan impak negatif seperti bunyi, pencemaran dan keselamatan.

Zon tersebut selalunya dibina dengan penanaman pokok, landskap serta tembok bunyi yang lebih fleksibel daripada segi bentuk dan saiz.

Berbeza dengan hak tanah utiliti, ia dibina mengikut laluan utiliti sama ada di bawah atau di atas tanah dan struktur kekal tidak boleh dibina di kawasan tersebut.

Sementara itu, Ahmad berkata, kejadian kebakaran di Jalan Harmoni, Putra Heights telah memberikan impak besar kepada keadaan alam sekitar.

“Ia meninggalkan kesan negatif terutama daripada segi suhu yang mencecah 1,000 darjah celcius yang mematikan semua tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN