Bila aktres itu mahu ubah sikap pengotor? - Utusan Malaysia

Bila aktres itu mahu ubah sikap pengotor?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hendak kata terkejut, tidak jugalah Cik Bunga bila dengar kisah seorang pelakon wanita yang luaran nampak sofistikated, tetapi hakikatnya, sukar mengikis sikap pengotor dirinya.

Sebabnya, sebelum ini pernah sampai ke telinga Cik Bunga mengenai perangai aktres ini yang tidak pandai jaga kebersihan. Cik Bunga pula percaya tidak percaya. Tetapi apabila sudah dua tiga

orang yang pernah duduk semeja dengannya dan melepak di rumahnya, rata-rata bercerita hal sama, maka Cik Bunga pun ambil maklumlah berkenaan hal ini.

Ada yang beritahu Cik Bunga, meskipun pernah ditegur, aktres ini tidak juga mahu berubah. Masih jua dengan amalan tak pembersihnya itu. Dalam hati Cik Bunga tertanya, apakah dia tidak pernah berasa malu dengan sikap pengotornya itu?

Namun, kalau tidak pernah berubah, itu maknanya dia memang tidak pernah rasa malulah. Ada lagi yang Cik Bunga dengar mengenai dirinya spesifiknya bagaimana keadaan kotor yang dimaksudkan. Cuma Cik Bunga tidak sanggup pula mahu nyatakan di sini sebab memang boleh memalukan dirinya.

Cik Bunga harap aktres tersebut segeralah ambil pendekatan jadi seorang pembersih. Luaran sahaja mahu jaga kecantikan, hendak melawa tetapi sikap pengotor tidak dikikis, susah juga. Ini perkara yang mengaibkan. Lebih baik berubahlah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya