Bekas ketua kampung direman disyaki salah guna kuasa

Bekas ketua kampung direman disyaki salah guna kuasa

BEKAS Pengerusi MPKK salah satu daerah di Negeri Sembilan direman hari ini bagi membantu siasatan selepas disyaki menyalah guna kuasa pada 2023. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang bekas Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) salah satu daerah di Negeri Sembilan ditahan reman selama tujuh hari selepas disyaki menyalah guna kuasa dengan mengeluarkan wang akaun milik MPKK bagi tujuan peribadi.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 24 April depan itu dikeluarkan Majistret Fairuz Syuhada Amran terhadap suspek seorang lelaki berusia 60-an itu selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Sivil di sini.

Menurut sumber, suspek telah ditahan kira-kira pukul 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 2023 dengan mengeluarkan kira-kira RM10,000 daripada akaun bank milik MPKK bagi tujuan peribadi.

“Wang di dalam akaun tersebut merupakan dana geran kerajaan negeri yang sepatutnya digunakan untuk melaksanakan projek atau program di kampung tersebut di samping menggerakkan penglibatan komuniti setempat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN