Bekas calon parti politik didakwa salah guna wang pertubuhan

Bekas calon parti politik didakwa salah guna wang pertubuhan

ABDUL AZIZ Harun didakwa atas tiga pertuduhan menyalahgunakan wang sebuah pertubuhan berjumlah RM21.000 di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan menyalahgunakan wang pertubuhan berjumlah RM21,000, lima tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Aziz Harun, 50, yang juga bekas calon sebuah parti politik bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Abdul Aziz yang ketika itu Pengerusi Pertubuhan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Johor Bahru didakwa menyalahgunakan wang pertubuhan berjumlah RM21,000 di sebuah bank di Bandar Baru Permas Jaya antara 9 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Siti Asmah Zainal Ariffin manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.

Pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan, namun Muhammad Rafique memohon jaminan RM10,000 bagi anak guamnya.

“Perniagaan yang diusahakan anak guam saya ketika ini kurang baik, malah dia mempunyai tanggungan tiga orang anak yang masih bersekolah. Tertuduh sentiasa memberi kerjasama yang baik apabila dipanggil sebanyak 17 kali bagi membantu siasatan dan mohon jaminan kurang dikenakan,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya