Banjir kilat jejas laluan di Lembah Klang

Banjir kilat jejas laluan di Lembah Klang

SEBUAH kenderaan terkandas selepas terperangkap dalam banjir kilat melanda beberapa kawasan lain sekitar bandar-bandar utama di Lembah Klang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa laluan lebuh raya utama di sekitar Lembah Klang dilaporkan terjejas dan mengalami kesesakan teruk susulan banjir kilat yang berlaku pagi tadi.

Menerusi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), kejadian banjir kilat berlaku di Kilometer (KM) 9.1 arah utara, membabitkan laluan dari Shah Alam ke Subang, menyebabkan lorong kiri dan tengah terhalang serta kesesakan trafik sehingga ke Persimpangan Setia Alam.

Keadaan yang sama turut dilaporkan berlaku sebelum dan selepas Plaza Tol Shah Alam di Lebuhraya Elite, dengan lorong motosikal serta lorong kiri turut tidak dapat dilalui.

Sementara itu, di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), laluan dari Shah Alam ke Subang turut terjejas akibat banjir kilat yang menyebabkan lorong kiri terhalang di persimpangan Shah Alam.

Sebelum ini, beberapa kawasan di Selangor dilaporkan mengalami banjir kilat berikutan hujan lebat setiap pagi. 

Turut dilaporkan kolam takungan air di Taman Seri Alam yang sedang menjalani kerja baik pulih selepas pecah baru-baru ini melimpah susulan hujan lebat pagi radi.

Air dipercayai melimpah keluar melalui bahagian yang masih dalam proses pembaikan susulan kejadian tebing kolam rumtuh pada 29 Disember lalu. 

Dalam pada itu sebanyak 86 buah rumah dilaporkan dinaiki air di sekitar Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya