Bangunan SMK Lahat terbakar - Utusan Malaysia

Bangunan SMK Lahat terbakar

KEADAAN kebakaran deretan tujuh bilik di tingkat tiga bangunan SMK Lahat, Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Deretan tujuh bilik di bangunan tingkat tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lahat, Bandar Baru Lahat dekat sini terbakar dalam kejadian sekitar pukul 11 pagi.

Difahamkan, kejadian itu tidak melibatkan mangsa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kebakaran itu melibatkan tiga kelas pelajaran, sebuah bilik khas, sebuah studio seni dan dua stor.

Katanya, kejadian berkenaan mengakibatkan kemusnahan bangunan kelas A dianggarkan 30 peratus.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih, BBP Batu Gajah, dan BBP Simpang Pulai dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja memadam kebakaran.

“Operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Menglembu, PBS Pasir Pinji, PBS Pusing dan PBS Pekan Baru melibatkan keanggotaan seramai 37 orang,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, setakat ini operasi memadam kebakaran sedang dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya