Baju peserta minggu pertama dikritik, produksi janji lebih teliti - Utusan Malaysia

Baju peserta minggu pertama dikritik, produksi janji lebih teliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pasukan produksi program Big Stage Alpha akan mengambil perhatian teguran orang awam mengenai beberapa busana peserta yang disifatkan tidak sesuai dengan imej seorang lelaki.

Menurut penerbit, Firdaus Mahadi, pihaknya terlepas pandang berikutan kekangan tenaga kerja yang perlu menguruskan 18 orang peserta untuk konsert minggu pertama.

“Kami mengambil kira pandangan dan teguran netizen dan kami akan perbaharui untuk minggu seterusnya.

“Mungkin untuk minggu pertama, peserta kami terlalu ramai iaitu 18 orang. Jadi selepas ini angka juga semakin berkurang dan kita boleh perhatikan lebih teliti mengenai masalah pakaian peserta,” katanya.

Firdaus ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media sejurus konsert minggu pertama Big Stage Alpha, Royal Theatre Shah Alam, malam tadi.

Dalam masa yang sama, konsert minggu pertama turut menyaksikan enam peserta pasrah meninggalkan pentas pertandingan menjadikan jumlah peserta hanya berbaki 12 orang yang dipanggil ‘The Big 12’.

Mengulas mengenai prestasi peserta untuk konsert pembukaan, Hael Husaini yang juga salah seorang juri berpandangan masing-masing masih cuba menyesuaikan diri dengan format baru pertandingan.

Oleh itu, terdapat beberapa peserta yang masih menyimpan taring, belum mengeluarkan aura sebenar seorang peghibur.

“Minggu awal kita masih belum boleh tahu aura Alpha yang dicari. Namun apabila minggu kedua atau ketika saya yakin masing-masing sudah mendapat tempat dan akan terpancarnya aura mereka.

“Kita boleh nampak perbezaan mereka yang ada pengalaman dengan mereka yang baru.

“Nasihat yang saya boleh bagi ialah ini pertandingan, jadi semua kena serius. Dalam kumpulan pula, kena ada tolak ansur, ini bukan program solo. Mereka kena cari kesefahaman dalam masa yang singkat,” jelasnya.

Selain Hael, Program Big Stage Alpha pada malam tadi dijurikan oleh Datuk Shafinaz Selamat, Edry Abdul Halim serta juri jemputan, Krisdayanti.

Daniel Sher, Rizal Rasid, dan Araff menjadi tiga peserta dengan markah paling tinggi malam tadi diikuti Ray-D dan Allan Andersn.

Minggu hadapan, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Aplha Ultra dan Alpha Prime.

Mereka perlu menyelesaikan tugasan persembahan berkumpulan dan nyanyian solo untuk bergelar pemenang. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya