Anjing Rottweiler gigit penduduk dilupus

Anjing Rottweiler gigit penduduk dilupus

MANSOR Zakaria (dua, kanan) melawat salah seorang mangsa yang diserang anjing jenis Rottweiler di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Jabatan Per­khidmatan Veterinar (JPV) Kedah sudah melupuskan dua ekor anjing baka Rottweiler yang menyerang lima mangsa di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil di Baling.

Menurut Pengarah JPV nege­ri, Dr. Shaharul Amar Talib, tindakan pelupusan pada kelmarin oleh pihaknya dibuat selepas mendapat persetujuan daripada pemilik haiwan terbabit.

Katanya, sebaik menerima maklumat berhubung kejadian, pegawai veterinar yang bertugas bertindak melakukan pemeriksaan di rumah pemilik anjing itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dua ekor anjing jenis Rottweiler jantan berwarna hitam didapati belum diman­dulkan dan kedua-duanya sukar didekati. Namun, pemilik memberi kerjasama dan menyerahkan anjing secara sukarela untuk tindakan selanjutnya serta bersetuju untuk dilupuskan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ujar Dr. Shaharul, sampel kedua-dua anjing juga sudah dihantar ke Makmal Veterinar Bukit Tengah, Pulau Pinang untuk dianalisis bagi pengesanan penyakit Rabies.

Akhbar ini melaporkan lima penduduk termasuk seorang pensyarah warga Mesir cedera digigit dua anjing terbabit yang dipercayai terlepas daripada sangkar di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil.

Sementara itu, Pengerusi Ja­wa­tankuasa Perumahan, Ke­rajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, kelima-lima mangsa berada dalam keadaan stabil buat masa ini.

“Tiga mangsa dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan dua lagi di hospital swasta di Sungai Petani. Luka dialami mereka agak teruk dan ada antara mereka yang masih trauma dengan kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga sedang merangka garis panduan bersesuaian berkaitan isu itu dan mungkin tidak membenarkan spesies anjing garang dibela di kawasan perumahan kerana boleh membahayakan orang awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN