Anggota polis parah akibat tertembak diri sendiri

Anggota polis parah akibat tertembak diri sendiri

SEORANG anggota polis cedera parah dipercayai akibat tertembak dirinya sendiri dengan sepucuk pistol dalam satu kejadian di IPK Pulau Pinang, Pulau Pinang hari ini.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seorang anggota polis cedera parah dipercayai selepas tertembak dirinya sendiri dengan sepucuk pistol dalam satu kejadian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.12 petang itu, mangsa yang berpangkat koperal dan bertugas di Cawangan Kem Komandan di IPK berkenaan ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kecederaan parah di bahagian kepala di bilik pengawal di situ.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati, satu das tembakan telah dilepaskan daripada sepucuk pistol yang digunakan oleh lelaki yang berusia 58 tahun itu.

“Ketika ini, siasatan lanjut masih diteruskan daripada pelbagai sudut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39, Akta Senjata 1960,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Hamzah, mangsa kini sedang menerima rawatan di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Pulau Pinang (HPP).

Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis ketika ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya