Akan datang - vivo V50 Lite: Cas sekali, tahan berhari-hari. Selamat tinggal kepada kebimbangan bateri!

Akan datang – vivo V50 Lite: Cas sekali, tahan berhari-hari. Selamat tinggal kepada kebimbangan bateri!

vivo V50 Lite dilengkapi dengan bateri vivo BlueVolt 6500mAh, 90W FlashCharge, serta inovasi bateri bertaraf perdana dari vivo – semuanya dibalut dalam badan ultra nipis 7.79mm.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dengan bateri vivo BlueVolt 6500mAh dalam reka bentuk langsing 7.79mm, vivo V50 Lite sedia
menemani hari anda – dan lebih lagi.

KUALA LUMPUR: Sedialah, Malaysia! vivo sekali lagi menetapkan tahap baharu dengan ketibaan vivo V50 Lite menggabungkan kuasa, prestasi dan gaya.

Direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup pantas dan sentiasa aktif, vivo V50 Lite dilengkapi dengan bateri vivo BlueVolt 6500mAh, 90W FlashCharge, serta inovasi bateri bertaraf perdana dari vivo dan semuanya dibalut dalam badan ultra nipis 7.79mm.

Kuasa yang Bertahan, Teknologi yang Mendahului

Hayat bateri kekal sebagai salah satu sebab utama pengguna menaik taraf telefon pintar mereka dan vivo V50 Lite direka untuk memenuhi keperluan ini secara langsung.

Dengan bateri vivo BlueVolt 6500mAh dan pengecasan pantas 90W, pengguna boleh mengecas sehingga 20 peratus dalam hanya 7.5 minit dan mencapai cas penuh dalam masa kurang sejam.

vivo V50 Lite juga menyokong pengecasan terbalik, membolehkan pengguna mengecas fon telinga atau telefon kawan — menjadikannya mudah untuk cas sekali dan kekal bertenaga selama berhari-hari, tidak kira apa jua cabaran harian anda.

Tetapi kuasa vivo V50 Lite tidak terhenti pada saiz semata-mata. vivo telah melengkapkan V50 Lite dengan teknologi proprietari yang mentakrifkan semula maksud prestasi bateri.

Struktur grafit dua lapisan meningkatkan kecekapan tenaga dan pengaliran haba, ibarat pengecas turbo dan tangki bahan api dalam satu.

Ini dipadankan dengan teknologi cold-pressing canggih yang memampatkan elektrod bateri tiga kali ganda untuk menambah kepadatan tanpa menambah saiz — membolehkan vivo memasukkan bateri 6500mAh dalam badan setebal hanya 7.79mm.

Sementara itu, ukiran laser mikro 3D memperkemaskan aliran ion dalam bateri untuk pengecasan yang lebih pantas dan stabil. Fungsi seperti Super Battery Saver memastikan fungsi penting kekal berjalan walaupun hanya tinggal satu peratus  bateri, manakala AI Sleep Mode melindungi kesihatan bateri jangka panjang dengan menyesuaikan diri kepada tabiat pengguna.

Diuji dalam suhu ekstrem antara -20°C hingga 50°C, vivo V50 Lite direka untuk bekalan kuasa yang boleh dipercayai — bila-bila masa dan di mana sahaja.

Gaya Bertemu Prestasi
Langsing, bergaya, dan menawan — vivo V50 Lite membuktikan anda tidak perlu korbankan gaya untuk prestasi. Dengan kerangka ultra nipis 7.79mm, skrin rata 2.5D dan bingkai berkilat tinggi, peranti ini direka untuk menonjol dengan gaya yang mengasyikkan.

Ia juga menampilkan paparan P-OLED 6.77 inci yang mesra mata dengan nisbah skrin-ke-badan 94.2 peratus dan bezel ultra nipis untuk pengalaman visual sepenuhnya.

● Titanium Gold – gabungan keanggunan teknologi dengan sentuhan kehangatan.
● Phantom Black – penampilan kosmik dengan ton ungu lembut.
● Fantasy Purple – gradasi merah jambu-ungu yang mengingatkan pada langit senja.

Sertai Cabaran TikTok #BlueVoltBatteryMissionMY

Bagi meraikan pelancaran yang akan datang, vivo Malaysia mengajak semua orang menyertai Cabaran TikTok #BlueVoltBatteryMissionMY.

Bermula dari 1 hingga 18 Mei 2025, pengguna boleh memuat naik video menampilkan kehebatan bateri vivo V50 Lite untuk peluang memenangi barangan eksklusif — malah mungkin memenangi vivo V50 Lite baharu!

Malaysia, sudah bersedia untuk pengalaman kuasa terunggul? vivo V50 Lite akan tiba tidak lama lagi — dan ia direka untuk menemani anda jauh ke hadapan.

Ikuti vivo Malaysia di media sosial untuk kemas kini terkini.
Laman Rasmi: https://www.vivo.com/my
Facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/

Tentang vivo

vivo merupakan syarikat teknologi yang mencipta produk hebat berdasarkan nilai berasaskan reka bentuk, dengan peranti pintar dan perkhidmatan pintar sebagai terasnya.

Syarikat ini bertujuan untuk membina jambatan antara manusia dan dunia digital. Melalui kreativiti yang unik, vivo menyediakan pengguna dengan kehidupan mudah alih dan digital yang lebih selesa.

Mengikuti nilai teras syarikat, termasuk Benfen*, orientasi pengguna, nilai berasaskan reka bentuk, pembelajaran berterusan, dan semangat berpasukan, vivo telah melaksanakan strategi pembangunan mampan dengan visi untuk berkembang menjadi sebuah syarikat bertaraf dunia yang lebih sihat dan mampan.

Sambil menghimpunkan dan membangunkan bakat tempatan terbaik untuk memberikan kecemerlangan, vivo disokong oleh rangkaian pusat R&D di Shenzhen, Dongguan, Nanjing, Beijing, Hangzhou, Shanghai dan Xi’an, yang memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi pengguna canggih, termasuk 5G, kecerdasan buatan, reka bentuk industri, sistem pengimejan, dan teknologi lain yang kian berkembang.

vivo juga telah menubuhkan rangkaian pembuatan pintar (termasuk yang dibenarkan oleh vivo) dengan kapasiti pengeluaran tahunan hampir 200 juta telefon pintar. Sehingga kini, vivo telah mengembangkan rangkaian jualannya di lebih daripada 60 negara dan wilayah serta disukai oleh lebih daripada 400 juta pengguna di seluruh dunia.

“Benfen” ialah istilah yang menggambarkan sikap terhadap melakukan perkara yang betul dan melakukan perkara dengan betul – yang merupakan gambaran ideal tentang misi vivo untuk memberi nilai kepada masyarakat.

Dapatkan maklumat terkini tentang vivo di laman web rasmi vivo, https://www.vivo.com/my. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN