Ahli Parlimen Pulai masuk ICU, alami demam, oksigen kurang

Ahli Parlimen Pulai masuk ICU, alami demam, oksigen kurang

SUHAIZAN Kayat dimasukkan ke ICU Hospital Columbia Asia, Iskandar Puteri kerana mengalami demam dan kekurangan oksigen dalam badan pada pukul 11 malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Columbia Asia, Iskandar Puteri akibat demam dan kandungan oksigen kurang dalam badan.

Pembantu peribadi beliau, Mohamad Nizam Junait memberitahu, Suhaizan dimasukkan ke hospital berkenaan pada pukul 11 malam tadi.

“Malam tadi tahap oksigen dalam tubuhnya juga jatuh, menyebabkan beliau kini dirawat di ICU sejak 11 malam tadi.

“Keadaan beliau stabil dan semakin baik pagi ini, namun masih ditempatkan di ICU untuk pemantauan rapi,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Suhaizan memenangi kerusi Parlimen Pulai dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan pada 9 September 2023 dengan memperoleh 48,283 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi yang bertanding sebagai calon Bebas.

PRK Parlimen Pulai diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN