Ada 30 lagi siri fitnah bakal menyusul

Ada 30 lagi siri fitnah bakal menyusul

AB. RAUF Yusoh (tengah) bercakap dalam sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh menjangkakan terdapat 30 siri fitnah lagi bakal menyusul, selepas rakaman suara yang dikatakan mirip dirinya tersebar baru-baru ini.

Ab. Rauf berkata, ia bukanlah kali pertama kerana sebelum ini beliau pernah disiasat pihak berkuasa susulan fitnah yang dilemparkan pihak tertentu.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu dilakukan oleh individu yang kecewa dengan dunia politik.

“Saya sudah jemu dengan sandiwara seperti ini. Saya yakin ada 30 siri (fitnah) lagi yang cuba untuk menjatuhkan imej Ketua Menteri.

“Politik di Melaka ini kita sudah masak sangat dengan agenda yang dimainkan pemain-pemain politik yang kecewa. Modus operandi mereka sama demi menjatuhkan karakter seseorang supaya tidak layak menjadi pemimpin negeri,” katanya dalam sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Sejak minggu lalu, tular rakaman suara didakwa mirip Ab. Rauf yang memberi arahan kepada seseorang untuk melakukan ‘sesuatu’ bagi dirinya.

Ia dikatakan mempunyai kaitan dengan penahanan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang pemimpin kanan parti politik di Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang juga bekas Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkaitan kes rasuah.

Tambah Ab. Rauf, beliau tidak menuduh sesiapa tetapi mengetahui dari mana rakaman suara itu datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya