15 tahun jalani hemodialisis, urat lengan sudah tidak berfungsi

15 tahun jalani hemodialisis, urat lengan sudah tidak berfungsi

ISMAIL IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: “Kalau ada rezeki, saya teruskan rawatan. Kalau tiada, saya reda,” luah Ismail Ibrahim, 72, pesara tentera dan kakita­ngan rendah Jabatan Kerja Raya (JKR) yang melalui rutin hemodialisis tiga kali seminggu, sejak lebih 15 tahun lalu.

Lebih memilukan, setelah sekian lama menjalani rawatan, urat di kedua-dua belah le­ngan warga emas itu tidak lagi berfungsi, bermakna tiada lagi tapak yang boleh digunakan untuk cucukan jarum dialisis.

Keadaan itu memaksa Ismail menjalani pembedahan menukar tapak darah setiap empat bulan dengan kos mencecah RM13,000 yang ditanggungnya sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.

“Kalau tidak buat tapak baharu, rawatan tidak boleh diteruskan. Tapi duit makin susut, saya tidak tahu sampai bila mampu bertahan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Serambi di sini.

Walaupun kos utama rawatan dialisis ditanggung sebagai pesara kerajaan, Ismail masih terbeban dengan kos sampingan termasuk ubat-ubatan tambahan, makanan khas serta kos berulang-alik ke pusat rawatan swasta di daerah ini yang memakan belanja besar setiap bulan.

“Saya tiada pendapatan tetap. Wang pencen tidak cukup tampung semua. Bila sampai waktu rawatan, saya kena cari duit untuk minyak kereta, makan, ubat. Itu belum masuk kos pembedahan buat tapak,” katanya.

Ismail yang pernah beberapa kali koma akibat komplikasi buah pinggang berkata, kini dia dibantu oleh anak-anak, namun menyedari bukan mudah untuk bergantung harap selamanya.

Dia yang mempunyai sembilan anak dan 20 cucu akur, tekanan hidup pada zaman ini turut menghimpit kehidupan anak-anaknya.
“Kalau ada yang sudi bantu, saya amat hargai. Bukan untuk kemewahan,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), Ismail Ibrahim bernombor 0610429 825095428. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya