14 tan cili dirampas di Bukit Kayu Hitam - Utusan Malaysia

14 tan cili dirampas di Bukit Kayu Hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) merampas cili seberat 14,000 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM42,000 di Kompleks Kuarantin, Imigresen, Kastam dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam, kelmarin.

AKPS Bukit Kayu Hitam dalam satu kenyataan memaklumkan, rampasan dilakukan sekitar pukul 9.40 malam selepas pemeriksaan ke atas sebuah kontena yang membawa sayur segar dari negara jiran.

“Hasil pemeriksaan mendapati, ia tidak mematuhi syarat permit import GPL (Grading, Packaging and Labeling) seperti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 2008 atau Sijil Perakuan Pematuhan 3P yang sah,” menurut kenyataan itu.

Pemeriksaan rutin dilakukan ke atas kontena import di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam dan notis di bawah Seksyen 15(1) Akta MAQIS 728 dikeluarkan.

Tambah kenyataan itu, kesemua barang rampasan ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya