Warga emas parah dirempuh ketika berteduh

Warga emas parah dirempuh ketika berteduh

TANGKAP layar rakaman video dari pengguna jalan raya memaparkan penunggang warga emas itu dirempuh sebuah kereta ketika berteduh di lorong kecemasan di bawah jejambat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal warga emas parah selepas dirempuh sebuah kereta ketika berteduh di lorong kecemasan di bawah jejambat dalam kejadian di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, selepas Tol Sungai Besi, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, kejadian membabitkan mangsa berusia 76 tahun itu tular di media sosial pada pukul 8.40 malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal mangsa berhenti di lorong kecemasan untuk berteduh daripada hujan sebelum dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

“Pemandu kereta yang berusia 40 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya