Video tular anggota JPJ pukul penunggang motosikal kejadian lama

Video tular anggota JPJ pukul penunggang motosikal kejadian lama

TANGKAP layar rakaman video berkenaan menunjukkan dua anggota JPJ sedang mengejar seorang penunggang motosikal yang melarikan diri ke dalam sebuah parit sebelum memukulnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Video tular memaparkan dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan seorang penunggang motosikal adalah rakaman lama pada 2020.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, tindakan tatatertib telah diambil terhadap kedua-dua anggota terbabit sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

“Video tersebut bukan kejadian baharu, tetapi ia kembali tular semula dalam media sosial. Kami telah mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap anggota terlibat pada waktu itu.

“JPJ juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menghentikan penyebaran video itu bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan semula rakaman tersebut atau membuat sebarang spekulasi mengenainya.

Menurutnya, sebarang pertanyaan atau aduan rasmi boleh diajukan kepada JPJ menerusi Portal Aduan Rasmi JPJ di https://jpj.spab.gov.my/.

Terdahulu, dalam rakaman video terbabit menunjukkan dua anggota JPJ sedang mengejar seorang penunggang motosikal melarikan diri ke dalam sebuah parit.

Dua anggota JPJ kemudian bertindak agresif dan memukul penunggang tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN