Versa perkenal ciri baharu pengurusan kewangan lebih cekap

Versa perkenal ciri baharu pengurusan kewangan lebih cekap

Versa berjaya memperkenalkan Versa Quest yang merupakan ciri inovatif yang direka khas untuk membantu pengguna memaksimumkan simpanan mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Versa berjaya memperkenalkan Versa Quest yang merupakan ciri inovatif yang direka khas untuk membantu pengguna memaksimumkan simpanan mereka.

Kejayaan syarikat ini dalam melengkapkan pusingan pembiayaannya yang dipimpin oleh AHAM Asset Management Berhad telah meningkatkan kepercayaan terhadap syarikat daripada pelabur lain.

Pengarah Urusan AHAM Capital, Datuk Teng Chee Wai, menyatakan keyakinannya terhadap hala tuju Versa yang dilihat mampu menjanjikan perubahan dalam industri pengurusan kekayaan.

“Kami percaya Versa berada dalam kedudukan yang baik untuk mengubah industri pengurusan kekayaan di Malaysia. Pendekatan mereka yang berfokus pada pelanggan serta inovasi berterusan sejajar dengan visi kami,”

“Pelaburan ini adalah antara yang terbesar oleh AHAM Capital, mencerminkan keyakinan kami yang kukuh terhadap potensi dan kepimpinan Versa,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Versa, Datuk Noorazman Abdul Aziz, turut komited dalam menjaga pelanggan dan pelabur yang melabur di Versa dengan visi yang jelas.

“Pembiayaan ini merupakan bukti keyakinan pelabur terhadap visi kami. Kami komited untuk memacu keterangkuman kewangan yang inovatif dan Telus.

Tambah beliau, dana pembiayaan yang diperoleh ini akan digunakan secara strategik untuk mempercepatkan pertumbuhan pengguna serta melaksanakan peta jalan produk Versa bagi tempoh lima tahun akan datang.

Versa menyediakan akses yang lancar kepada pelbagai peluang pelaburan, membolehkan pengguna membina portfolio yang pelbagai melalui penciptaan teknologi inovatif dan pendekatan berorientasikan pengguna.

Versa Quest dapat membantu pengguna menambah pulangan mereka dengan sesetengah pengguna mencapai pulangan setinggi 9.3 peratus pada Januari 2025.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN