Ubah persepsi terhadap PLKN

Ubah persepsi terhadap PLKN

PLKN melahirkan insan-insan berkualiti yang berjaya dalam kerjaya dan peringkat masing-masing. Ada berjaya menjadi ahli profesional, ada berjaya memimpin orang sekeliling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 12 Januari 2025 lalu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3 Siri 1 telah kembali dengan penyertaan seramai 123 orang berusia 17 hingga 26 tahun kemudian menurun kepada 116 pelatih dan berjaya tamat latihan pada 25 Februari 2025, selepas itu disusuli dua siri bakal diteruskan selepas hari raya iaitu bulan Mei dan September tahun ini di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang.

Disebalik kejayaan dan pengorbanan 116 pelatih selama 45 hari satu bulan, ia tidak dapat lari daripada kecaman, kata-kata negatif oleh segelintir pihak terutama masyarakat yang entah apa membenci dengan PLKN sejak dulu lagi.

Pelbagai kata-kata dan tohmahan lemparkan kepada kami, ada boleh berlapang dada, ada juga tidak boleh terima dengan sikap masyarakat yang suka melihat anak-anak muda terus hanyut serta tiada disiplin kuat apatah lagi jati diri kenegaraan tambahan pula zaman ini media sosial jadi mereka boleh cakap sesuka hati tanpa fikirkan perasaan waima melakukan perkara baik, masih orang kecam secara tidak langsung mula meracun anak-anak muda lain supaya tidak sertai PLKN dengan jaja cerita-cerita karut.

Tahukah anda, PLKN melahirkan insan-insan berkualiti yang berjaya di kerjaya dan peringkat masing-masing. Ada berjaya menjadi ahli profesional, memimpin orang sekeliling cuma masyarakat tidak nampak dan lebih kepada kecam tidak tentu pasal hanya kerana benci perkara sedemikian. Namun apa tegas di sini, segala cabaran, pahit manis dan lain-lain itu antara PLKN dengan Tuhan kerana dia menjadi saksi keringat generasi PLKN terdahulu dan sekarang, jadi masyarakat luar sana hentikan kata-kata hingga merendahkan semangat bakal-bakal wira muda akan isi kekosongan kami juga terpulang kepada anda tapi jangan sampai pijak maruah dan semangat kami. – UTUSAN

BEKAS PELATIH PLKN,
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN