Tomato, cili bertaburan atas lebuh raya, treler ditunda terbalik

Tomato, cili bertaburan atas lebuh raya, treler ditunda terbalik

KEADAAN treler membawa muatan tomato dan cili yang terbalik melintangi jalan di Kilometer 71.4 PLUS arah ke selatan di Pendang. - IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Kilometer 71.4 arah selatan, dekat sini hari ini mengalami kesesakan kira-kira enam kilometer setelah sebuah treler muatan tomato dan cili terbalik merentangi laluan itu.

Ketua Polis Daerah Pendang, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, kemalangan pada pukul 10.30 pagi itu dipercayai ketika treler itu yang ditunda dari Changlun, Kubang Pasu menghala ke Selayang, Selangor tercabut pin di bawah engsel daripada trak tundanya.

“Ia mengakibatkan trak tunda berkenaan hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri parit manakala treler itu melintang serta menutup keseluruhan lorong jalan menghala ke selatan.

“Kemalangan mengakibatkan aliran trafik di lokasi perlahan dan berhenti sehala ke selatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan tomato yang bertaburan di lebuh raya itu dibersihkan oleh pekerja treler itu dan pekerja syarikat penyelenggaraan dengan bantuan orang awam yang berada di lokasi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pendang, Penolong Penguasa Bomba Zulkifli Manaf berkata, pihaknya mengambil tindakan membersihkan tumpahan minyak dan membuat pemantauan sehingga pukul 12 tengah hari selepas laluan itu selamat digunakan semula. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN