KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku kes buli dalam kematian anggota Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Prebet Muhammad Muqriz Aseri di Kem Sri Miri, Sarawak. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden kematian anggota tentera tersebut. “Setakat ini, kita akan lihat dahulu hasil siasatan bagaimana. Sekiranya melibatkan buli dan manhandling (perbuatan kasar) yang diperkatakan, kita akan ambil tindakan tegas,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di sini, semalam. Menerusi kenyataan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya