Terengganu pertimbang cuti tambahan sambut Aidilfitri

Terengganu pertimbang cuti tambahan sambut Aidilfitri

AHMAD Samsuri Mokhtar (lima dari kiri) bergambar bersama pasukan Lawan Pedang pada Majlis Apresiasi Kontinjen Negeri Terengganu Sukma dan Para Sukma Edisi Ke-21 Sarawak 2024 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu mempertimbangkan cuti tambahan pada 30 Mac ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi memudahkan rakyat membuat perancangan menyambutnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi mendapat perkenan dalam tempoh terdekat.

“Kita sudah buat keputusan dan akan menghadap Ke Bawah Duli Tuanku (Sultan Mizan Zainal Abidin) untuk mendapat perkenan dalam waktu terdekat. Saya akan maklumkan kemudian. Tunggu pemakluman daripada saya,” katanya selepas menghadiri Majlis Apresiasi Kontinjen Terengganu Temasya Sukma Sarawak Edisi Ke-21 di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri masih dalam perbincangan mengenai pemberian Dana Raya kepada rakyat Terengganu.

Selain itu, menurutnya, Terengganu terpaksa memohon peruntukan untuk dana tersebut daripada kerajaan Pusat menerusi royalti petroleum.

“Kita akan cuba. Bila kata cuba, maksudnya kita berusaha. Sama ada dapat atau tidak, Saya rasa semua sudah sedia maklum bahawa kewangan kerajaan negeri dipegang oleh Putrajaya,” ujarnya.

Untuk rekod, sebanyak RM43.45 juta Dana Raya diperuntukkan untuk rakyat Terengganu pada 2023 manakala tiada sebarang Dana Raya diberikan pada tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN