Selepek Sahur Payang Walk lokasi pilihan moreh

Selepek Sahur Payang Walk lokasi pilihan moreh

SEBAHAGIAN daripada pengunjung yang duduk sambil makan di atas tikar di Selepek Sahur Payang Walk di Kuala Terengganu. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tapak moreh di Selepek Sahur Payang Walk di sini, menjadi antara lokasi tumpuan orang ramai untuk aktiviti makan pada malam sepanjang Ramadan ini.

Pengunjung di tapak moreh itu dapat membeli pelbagai jenis makanan dan minuman sebelum makan secara santai duduk beralaskan tikar.

Malah ia menarik tumpuan dalam kalangan bukan Islam untuk tidak ketinggalan memeriahkan aktiviti moreh.

Seorang pengunjung, Mohd Amir Safwan, 38, dari Marang berkata, dia teruja membawa keluarga untuk menikmati beberapa jenis makanan yang dijual di lokasi itu.

“Anak-anak dan isteri saya teruja dapat makan di atas tikar di tepi Sungai Kuala Terengganu,” katanya.

Selepek Sahur Payang Walk mempunyai lebih 50 gerai menyediakan ratusan makanan dan minuman dibuka dari pukul 9.30 malam hingga 2.30 pagi sepanjang Ramadan ini.

Seorang pengunjung ber­ketu­ru­nan Cina, Saw Shen Yuan,  25, berkata, dia mengajak beberapa rakan sekerja untuk bersama-sama mendapatkan pengalaman.

“Kami seronok dalam suasana tenang dan damai. Jika ada kesempatan, saya ingin berkunjung lagi,” ujarnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN