UCAPAN: Di hari yang mulia ini, kami keluarga di Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, Arab Saudi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga, sahabat dan seluruh rakyat Malaysia sama ada di tanah air mahupun di perantauan.
Aidilfitri adalah saat untuk kita menyemai kasih, mengeratkan silaturahim dan memaafkan segala kekhilafan. Meskipun berjauhan, kita tetap bersatu dalam doa dan harapan.
Semoga Syawal ini membawa keberkatan dan kebahagiaan dalam setiap langkah kehidupan kita. Maaf zahir dan batin, dan semoga kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya.
DARIPADA: Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, Arab Saudi. – UTUSAN