Rancang buka semula sewa Black Hawk

Rancang buka semula sewa Black Hawk

MUHAMMAD Hafizuddeain Jantan (tengah) dalam Perbarisan Hari Tentera Darat Ke-92 di Dataran PTD Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rancangan membuka semula tender bagi kontrak sewaan helikopter Black Hawk untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) pada masa hadapan sedang dilaksanakan.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, beberapa syarikat telah pun mengemukakan kertas cadangan bagi menawarkan diri untuk membekalkan pesawat berkenaan.

“Buat masa ini, parameter tetap kekal iaitu nilai projek mash pada paras RM200 juta dan kita memerlukan sewaan lima tahun untuk empat pesawat.

“Tentera Darat masih lagi membuka ruang untuk sebarang cadangan daripada mana-mana pihak yang berminat dan berkemampuan untuk projek ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perbarisan Hari Tentera Darat Ke-92 di Dataran PTD Kem Perdana Sungai Besi, di sini, semalam.

Pada November lalu, Kementerian Pertahanan menyerahkan notis pembatalan kontrak sewaan empat helikopter Black Hawk kepada syarikat yang sebelum ini telah memenangi tender berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan itu diambil selepas syarikat berkenaan gagal memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan meskipun telah dilanjutkan hingga akhir Oktober lepas.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Hafizuddeain berkata, Tentera Darat Malaysia (TDM) juga bakal memperoleh empat helikopter AW149 berikutan pembelian 28 unit helikopter itu secara kontrak pajakan dengan kos RM16 bilion untuk tempoh 15 tahun.

“Kita difahamkan paling awal akan menerima helikopter ini menjelang 2027 walaupun cuma empat pesawat sahaja diterima.

“Tetapi kita berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana ini sedikit sebanyak dapat menutup jurang keupayaan kemampuan sistem pertahanan yang kita ada sekarang ini dari segi keupayaan pengangkutan udara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN