Rakyat Malaysia di Sudan Selatan digesa segera pulang, risiko keselamatan

Rakyat Malaysia di Sudan Selatan digesa segera pulang, risiko keselamatan meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua rakyat Malaysia yang berada di Sudan Selatan digesa segera meninggalkan negara itu memandangkan risiko keselamatan semakin meningkat ketika ini.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu perlu dibuat sementara penerbangan komersial masih beroperasi sebagai mengutamakan keselamatan mereka.

Katanya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia, di samping terus menyelaras dengan pihak berkuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan status 18 Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang berkhidmat di bawah United Nations Police (UNPOL).

“Kesemua mereka berada dalam keadaan selamat. Kementerian ini juga menasihatkan rakyat Malaysia untuk tidak melakukan sebarang perjalanan ke Sudan Selatan.

“Kerajaan sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar negara,” katanya hari ini.

Kementerian Luar Negeri, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi, Kenya terus memantau situasi keselamatan di sana dengan teliti berikutan perkembangan terkini yang telah menjejaskan tahap keselamatan di negara tersebut.

Katanya, pihaknya akan memberikan sebarang perkembangan lanjut sekiranya perlu.

Suruhanjaya Tinggi boleh dihubungi melalui butiran berikut: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi, Kenya, di alamat: Runda Grove, Runda, P.O. Box 42286-00100, Nairobi. Nombor telefon:  +254 111 052710 (pejabat) +254 741 603952 / +254 704 770367 (telefon bimbit) [email protected]. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN