Polis mohon bantuan kesan Nur Khalisya

Polis mohon bantuan kesan Nur Khalisya

NUR KHALISYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Remaja perempuan, Nur Khalisya yang juga adik kepada bekas penyerang Harimau Malaya, Hadin Azman dilaporkan hilang sejak 11 hari lalu selepas pulang dari sekolah di Jalan Peel di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim  Ismail berkata, pihaknya menerima laporan orang hilang melibatkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang kali terakhir dilihat pada pukul 5 petang, 25 Februari lalu.

Menurutnya, ibu remaja terbabit berusia  44 tahun  membuat laporan polis memaklumkan telah menghantar anaknya ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, Jalan Peel pada pukul 7 pagi.

Katanya,  ibu mangsa kemudiannya datang semula ke sekolah untuk mengambil anaknya pada pukul 4 petang kerana remaja itu memaklumkan mempunyai kelas tarian.

“Tetapi setelah menunggu hampir 40 minit anaknya tidak ada dan pengawal keselamatan sekolah juga memaklumkan tiada pelajar berada di sekolah pada waktu itu.

“Kemudian, pengadu menghubungi rakan sekelas anaknya dan dimaklumkan bahawa anaknya telah pulang ke rumah sendirian dengan berjalan kaki dari kawasan Taman Permainan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana, Jalan Peel,” katanya.

Tambah Mohamad Lazim, setakat ini, anak pengadu belum ditemukan.

Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju memohon orang ramai bagi membantu mengesan orang hilang.

“Kali terakhir mangsa memakai pakaian kemeja-t sukan SMK Convent warna biru dan berseluar trek warna hitam.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92810715 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN