Polis cari individu rakam video ibu Zayn Rayyan pimpin anak

Polis cari individu rakam video ibu Zayn Rayyan pimpin anak

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, buat masa ini tumpuan polis adalah untuk mencari sumber asal atau pihak yang merakam terbabit serta pemilik Tiktok yang memuat naik video terbabit.

Katanya, polis akan mendapatkan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) jika ada keperluan.

“Kita sedang mengesan individu yang merakam video terbabit selain pemilik TikTok yang memuat naiknya. 

“Seterusnya, siasatan lanjut akan dijalankan untuk memastikan sama ada rakaman video berkenaan mempunyai sebarang kaitan dengan kes pembunuhan Zayn Rayyan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, media melaporkan polis menerima laporan daripada Ismanira Abdul Manaf berhubung rakaman video menunjukkan sedang berjalan sambil memegang tangan kedua-dua anak iaitu Zayn Rayyan dan adiknya, Mateen menuju ke kawasan tempat meletak motosikal di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor dilapor berkata, laporan itu diterima Balai Polis Kampung Baru Subang pada 2.43 petang, Ahad lalu.

Menurutnya, pengadu memaklumkan menerima satu pautan link video TikTok melalui aplikasi WhatsApp yang berdurasi kira-kira seminit pada 6 Mac lalu.

Pada 5 Disember 2023, Zayn Rayyan yang ketika itu berusia enam tahun dan juga seorang kanak-kanak autisme, dilaporkan hilang di kawasan kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Selepas hampir dua hari, mayatnya ditemukan di anak sungai berhampiran kediamannya.

Hussein mengesahkan Zayn Rayyan dibunuh selepas bedah siasat dapati ada kecederaan pada tubuh badan mangsa dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN