Perkhidmatan kaunseling MAINS turut terima pelanggan bukan Islam

Perkhidmatan kaunseling MAINS turut terima pelanggan bukan Islam

ABDUL Aziz Sheikh Ab. Kadir (berdiri tiga dari kanan) pada Majlis Ramah Mesra MAINS Bersama Media 2025 di Seremban, semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) terus mendapat kepercayaan masyarakat termasuk dalam kalangan bukan Islam.

Pengerusi MAINS, Datuk Seri Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab. Kadir berkata, sejak unit berkenaan ditubuhkan pada 1998, pelanggan dalam kalangan bukan Islam datang mendapatkan perkhidmatan kaunseling khususnya berkaitan isu kekeluargaan dan individu terutamanya daripada aspek psikologi.

“Kami mengambil sikap terbuka dan akan cuba membantu sebaik yang mungkin supaya mereka dapat perkhidmatan yang terbaik.

“Kami ada bilik khas serta beberapa kemudahan lain supaya sesi kaunseling itu dapat dijalankan dalam persekitaran yang aman dan selesa,” katanya kepada para pemberita pada Majlis Ramah Mesra MAINS Bersama Media 2025 di sini malam tadi.

Menurut Abdul Aziz, MAINS mempunyai 12 kaunselor yang diiktiraf oleh Lembaga Kaunselor Malaysia untuk mengendalikan sesi kaunseling berkenaan.

Jelasnya, perkhidmatan itu diketahui secara meluas melalui media sosial dan daripada percakapan mulut ke mulut.

“Sambutan meluas ini mendorong kami berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan supaya masyarakat dapat perkhidmatan kaunseling yang terbaik,” ujarnya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN