Penyampai 3 pagi Era tiba di Bukit Aman untuk rekod keterangan

Penyampai 3 pagi Era tiba di Bukit Aman untuk rekod keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyampai 3 Pagi Era, Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin tiba di Bukit Aman pagi ini bagi diambil keterangan membabitkan siasatan dakwaan mempersenda upacara agama hindu.

Ketiga-tiga mereka yang hadir menaiki Toyota Alphard berwarna hitam tiba sekitar pukul 10.30 pagi tadi.

Difahamkan selain penyampai-penyampai program itu, tiga lagi kakitangan Era FM turut dipanggil untuk diambil keterangan pagi ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Media semalam melaporkan polis mengesahkan menjalankan siasatan terhadap kakitangan Era FM berkaitan video tular mempersenda upacara agama lain menerusi media sosial, semalam.

Ia selepas laporan dibuat seorang jurutera berusia 44 tahun yang melihat satu hantaran video di aplikasi Facebook memaparkan beberapa individu daripada pihak stesen radio terbabit didakwa mempersendakan agama Hindu.

Razarudin dilaporkan berkata, pengadu mendakwa beberapa individu daripada radio terbabit didakwa bersorak perkataan ‘Vel,Vel’ manakala seorang lelaki sedang menari.

Semalam tular video mendakwa penyampai radio 3 Pagi Era, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir memohon maaf atas video kontroversi mempersenda tarian kavadi Hindu iaitu upacara suci dilakukan ketika Thaipusam kepada Dewa Murugan.

Video berkenaan yang sudah diturunkan dalam platform media sosial stesen terbabit memaparkan seorang daripada mereka meniru tarian kavadi, sambil menyebut ‘Vel Vel’ disusuli gelak tawa rakan lain.

Klip video itu mengundang kritikan meluas kerana secara terang-terangan mempersendakan tradisi penganut Hindu.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN