Penggodam sistem MAHB tuntut AS$10 juta

Penggodam sistem MAHB tuntut AS$10 juta

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa sistem Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) diserang penggodam yang menuntut AS$10 juta untuk dilepaskan.

Bagaimanapun, Anwar memaklumkan bahawa beliau tanpa berfikir panjang menolak untuk tunduk kepada tuntutan pihak tersebut.

“Semalam kita bicara tentang serangan siber dan godam. Ia agak berat terhadap MAHB dalam satu atau dua hari lalu.

“Jadi perbincangan bagaimana menyelesaikan termasuk tuntutan daripada penggodam untuk memperoleh dana 10 juta dollar atau sebagainya.

“Apabila dimaklum, saya alhamdulillah bulan Ramadan, saya tidak tunggu lima saat saya terus jawab no (tidak),” katanya ketika berucap sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini hari ini.

Tegas Perdana Menteri, Malaysia tidak mungkin akan selamat jika pimpinannya dan sistemnya mengizinkan negara tunduk kepada ultimatum penjenayah dan pengkhianat dalam atau luar negara.

Beliau berkata, tindakan untuk tidak tunduk kepada tuntutan penggodam itu sudah pasti membawa risiko kepada kerajaan namun ia membuktikan keperluan untuk meningkatkan keupayaan pihak berkuasa termasuk sektor perbankan.

“Ada risiko? Ya, dan kita harus hebahkan kepada rakyat (tetapi) ini juga memerlukan kecanggihan kita (seperti) dana tambahan kepada PDRM (Polis Diraja Malaysia), bank dan semua untuk persiapan,” katanya.

Ends//

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN