Pemilik syarikat pembinaan disyaki kemuka tuntutan palsu

Pemilik syarikat pembinaan disyaki kemuka tuntutan palsu

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang pemilik syarikat pembinaan dipanggil memberi keterangan kerana disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butiran palsu berjumlah kira-kira RM60,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an itu hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Tawau kira-kira pukul 10 pagi hari ini.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 2021.

“Suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu yang tidak mengikut spesifikasi yang sebenarnya kepada sebuah agensi kerajaan negeri membabitkan kerja-kerja baik pulih empat buah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di salah satu daerah negeri ini dengan anggaran kos kira-kira RM15,000 bagi setiap rumah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek dilepaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan sebanyak RM2,000 bersama seorang penjamin. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN