KUALA LUMPUR: Pemilik, badan pengurusan bersama (JMB) dan syarikat kawalan keselamatan kondominium boleh dikenakan tindakan undang-undang jika didapati bersubahat sindiket penipuan panggilan dalam talian dengan menyewakan premis berkenaan untuk kegiatan terbabit. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, alasan tidak mengetahui aktiviti yang dilakukan dalam premis tidak boleh diterima. Katanya, hal ini ekoran beberapa serbuan dijalankan pihaknya mendapati premis kediaman jenis kondominium telah digunakan…











